Saya boleh berubah: Aliff Aziz

Aliff Aziz
Aliff Aziz
A
A
A

IBARAT sudah terhantuk baru terngadah, itulah peribahasa yang sesuai digambarkan kepada penyanyi terkenal, Aliff Aziz selepas bercerai dengan isterinya, Bella Astillah pada 16 Mei lalu.

Menerusi perbualan Aliff, 28, di radio Hot fm petang tadi, mengakui dia kini sedang melalui detik getir dalam hidupnya.

"Saya mengakui silap yang telah saya lakukan tapi sebagai manusia, selagi saya masih hidup saya boleh berubah.

"Selepas bercerai dengan Bella, saya melalui fasa bukan menjadi diri saya sendiri.

"Saya rasa teramat kehilangan dan mungkin disebabkan itu saya tersilap langkah," pintanya.

Bella Astillah
Bella Astillah

Aliff juga memohon maaf kepada seluruh warga Malaysia andai ada menyinggung dari segi perbuatan mahupun percakapannya.

Aliff turut menjawab soalan salah seorang penyampai radio berkenaan video yang dikatakan dia seakan-akan lalok dan bergaduh di telefon.

Artikel Berkaitan:

"Itu bukan telefilem ataupun drama, saya memang sedang bercakap dengan seorang dan ketika itu, ada masalah tapi dah selesai pun.

"Saya dianiayai kerana terjumpa orang yang salah. Namun, biarlah Tuhan sahajalah yang membalas, hanya saya saya dan Tuhan sahaja yang tahu apa yang terjadi," luahnya.

Sementara itu, Aliff juga kedengaran sebak apabila meluahkan kerinduaan terhadap anaknya. Malah, berterima kasih kepada bekas isteri kerana banyak memberikan sokongan moral untuk meneruskan hidup.

Kata Aliff lagi, dia berharap akan bertemu jodoh sekali lagi dengan bekas isteri tercintanya.

Untuk rekod, Aliff dan Bella diijabkabulkan pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.