Ramai buat aduan harga kasut sekolah naik

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
A
A
A

KULIM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima aduan daripada orang ramai berhubung kenaikan harga kelengkapan persekolahan terutamanya kasut sekolah menerusi talian aduan kementerian itu sejak kebelakangan ini.

Menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata sehubungan itu beliau telah meminta bahagian penguat kuasa menyiasat perkara itu bagi mengesahkan sekiranya benar berlaku peningkatan harga barangan persekolahan berkenaan sebelum tindakan lanjut dikenakan.

"Sebab aduan itu spesifik sebab dia beritahu tempat mana, negeri mana, kedai mana, kemudian kita sahkan autoriti pengadu supaya jangan ada penganiayaan...," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan kelengkapan persekolahan peringkat Parlimennya di Sekolah Kebangsaan Terap dekat sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata berdasarkan aduan itu, orang ramai terkilan dengan harga kelengkapan persekolahan itu naik antara 15 hingga 20 peratus. - Bernama

Artikel Berkaitan: