Cukai taksiran MPS penggal ke-2 diedar

No Image Caption
A
A
A

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah mengeluarkan cukai taksiran untuk penggal ke-2/2019 yang perlu dijelaskan sebelum 31 Ogos ini.

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, sebanyak 129,170 bil dengan nilai RM47.4 juta diedarkan kepada semua pemilik harta.

Menurutnya, MPS mengambil inisiatif membuka kaunter bayaran di ibu pejabat MPS dan cawangan Rawang pada hari minggu dan cuti umum sepanjang Ogos depan bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.

"MPS turut perkenalkan bayaran melalui kiosk dengan menyediakan lima mesin bayaran elektronik yang terdapat di lobi bangunan MPS.

"Orang ramai juga boleh menjelaskan bayaran cukai taksiran melalui pelbagai kemudahan bayaran seperti di kaunter-kaunter Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seluruh Selangor, cawangan-cawangan bank terpilih serta melalui internet banking," katanya.

Sebarang pertanyaan berkaitan cukai taksiran, orang ramai bolehlah menghubungi Bahagian Hasil, Jabatan Perbendaharaan di talian 03-6126 5800 atau layari www.mps.gov.my.

Artikel Berkaitan: