Hilangkan kudis dengan peria

Kudis pada kaki boleh diubati dengan peria.
Kudis pada kaki boleh diubati dengan peria.
A
A
A

PERIA memang pahit, namun banyak khasiat kesihatan yang terkandung dalam sayur-sayuran itu.

Selain untuk awek muda, ia juga berupaya menghilangkan bekas kudis pada kaki anda. Ibu-ibunya pun boleh memanfaatkannya untuk anak-anak kecil yang sering berdepan masalah kudis ini.

Bagaimanakah caranya? Mudah sahaja. Ambil peria dan tumbuk, kemudian ramas untuk mengambil patinya.

Kemudian, campurkan pati peria berkenaan dengan sedikit tepung beras. Gaul sehingga sebati hingga terbentuk pati.

Sebelum sapu pada kaki, sebaiknya basuh dahulu bekas luka dengan air suam. Selepas itu, baru sapu.

Ingat lakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang cepat. Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan: