PKR puas hati rancangan peralihan jawatan PM, kata Anwar

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A
PETALING JAYA - [DIKEMASKINI] Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpuas hati dengan rancangan peralihan jawatan Perdana Menteri seperti yang termaktub dalam dokumen Muafakat Pakatan Harapan (PH) yang disepakati semua pimpinan utama PH sebelum ini.

Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Majlis Pimpinan Pusat PKR yang bermesyuarat hari ini juga memutuskan untuk terus memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“PKR berpuas hati dengan rencana transisi Perdana Menteri seperti yang termaktub dalam dokumen muafakat PH yang disepakati semua pimpinan utama.

“PKR menegaskan sokongan terhadap pimpinan Tun Dr Mahathir untuk teruskan usaha beliau dan jemaah menteri memacu ekonomi, melaksana reformasi institusi dan menjamin keselamatan negara,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini hari ini.

Ketika ditanya mengapakah PKR menyatakan pendirian sebegitu pada waktu ini, Ahli Parlimen Port Dickson itu menegaskan ia bagi menjawab segala persoalan berterusan daripada pihak tertentu yang kerap menimbulkan isu peralihan tersebut.

“Ekoran persoalan-persoalan yang berterusan dan mengenai peralihan ini, kami perlu untuk menyatakan semula pendirian kita dan menyatakan puas hati dengan proses transisi ini.

“Saya juga tiada keraguan mengenai peralihan ini malah pertemuan dengan Perdana Menteri juga jelas namun saya tidak fikir untuk berkongsi apa yang telah dipersetujui antara kami namun bagi saya perkara ini telah selesai," katanya.

Artikel Berkaitan: