Tentera Israel cederakan rakyat Palestin di sempadan Gaza

Anggota Paramedik mengangkat seorang kanak-kanak Palestin yang mengalami sesak nafas selepas terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel di sempadan Gaza.
Anggota Paramedik mengangkat seorang kanak-kanak Palestin yang mengalami sesak nafas selepas terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera Israel di sempadan Gaza.
A
A
A
RAMALLAH - Tentera Israel mencederakan hampir 79 penduduk Palestin semasa tunjuk perasaan 'Great March of Return' kali ke-63 di sempadan Gaza kelmarin.

Sumber perubatan berkata, wanita dan kanak-kanak antara mangsa yang cedera akibat terhidu gas pemedih mata dilepaskan tentera rejim Zionis.

Lebih 270 rakyat Palestin terbunuh sejak tunjuk perasaan besar-besaran membantah kepungan Israel ke atas wilayah Gaza tercetus pada 30 Mac tahun lalu.

Selain menuntut rejim Zionis melonggarkan sekatan di Gaza, rakyat Palestin turut menuntut hak untuk pulang ke kampung halaman yang dirampas Israel pada 1948. - Agensi

Artikel Berkaitan: