Ada cubaan halang mesyuarat UMNO bahagian: Saarani

Saarani (tengah) menyampaikan ucapan sempena Program Moh Ngopi Bersama DSM di Dataran Lembah Kuala Kangsar di sini hari ini.
Saarani (tengah) menyampaikan ucapan sempena Program Moh Ngopi Bersama DSM di Dataran Lembah Kuala Kangsar di sini hari ini.
A
A
A

KUALA KANGSAR - UMNO Perak mendedahkan terdapat usaha daripada kerajaan negeri untuk menghalang Pas dan UMNO menyewa dewan orang ramai, dewan serbaguna dan arena square bagi mengadakan mesyuarat.

Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, tindakan itu dilihat sebagai cubaan untuk menggagalkan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian yang sudahpun bermula secara berperingkat di negeri ini.

Bagaimanapun katanya, UMNO bahagian tetap akan mengadakan mesyuarat mereka biarpun terpaksa dibuat di bawah khemah.

"Saya dah beritahu kepada semua bahagian apa pun halangan, pastikan mesyuarat perwakilan bahagian berjaya walaupun terpaksa bermesyuarat di bawah khemah.

"Kita akan tunjukkan kepada PH bahawa apa pun kamu cuba, kami tidak akan gagal mengadakan mesyuarat bahagian," katanya selepas ditemui pemberita pada Program Moh Ngopi Bersama DSM di Dataran Lembah Kuala Kangsar, di sini hari ini.

Hadir sama pada program tersebut, Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar, Maslin Sham Razman yang juga ADUN Bukit Chandan.

Sementara itu, Saarani berkata, UMNO Perak tidak akan terjejaskan dengan halangan itu memandangkan 1,771 cawangan mereka berjaya mengadakan mesyuarat walaupun dihalang menyewa dewan orang ramai.

Katanya, keengganan kerajaan negeri membenarkan premis mereka disewa sesuatu yang merugikan kepada majlis daerah dan majlis perbandaran kerana mereka tidak dapat menambah pendapatan.

Artikel Berkaitan:

"Kami nak beritahu kalau UMNO tak boleh sewa, majlis daerah dan majlis perbandaran rugi. Kalau mereka rugi, pendapatan mereka merosot dan kerajaan terpaksa bantu, yang rugi kerajaan negeri.

"Sepatutnya kerajaan ada pemikiran perniagaan untuk tambah pendapatan kerana selama ini mereka canang selalu tak ada bajet,"

Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu semalam mengulangi pendirian bahawa semua program berbentuk politik tidak dibenarkan menggunakan kemudahan kerajaan termasuk dewan.