Tawan Perak melalui kerjasama Pas-UMNO PRU15

Khalil Idham Lim
Khalil Idham Lim
A
A
A

KUANTAN - Pas Perak yakin dapat menawan semula negeri itu pada PRU15 dengan kekuatan parti itu hasil kerjasama dengan UMNO.

Perwakilannya, Khalil Idham Lim berkata, justeru pihaknya memberi ketaatan terhadap sebarang keputusan pucuk kepemimpinan parti berhubung ta'awun siyasi.

"Tidak keterlaluan jika saya nyatakan Perak ialah kerajaan menunggu kerajaan penyatuan ummah selepas PRU15.

"Perak akan wala' (taat) dengan segala keputusan berkaitan ta'awun ini pada masa akan datang," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 hari ini.

Menurutnya, penyatuan antara Pas-UMNO terbentuk hasil daripada kegagalan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengurus ekonomi negara memberi kesan kepada rakyat.

“Pas menerusi kerajaan penyatuan Ummah Insya-ALLAH akan bertapak di Putrajaya selepas PRU15 bersedia mengurus dan membaiki ekonomi negara dengan baik.

“Kepada negeri-negeri yang dikuasai Pas, langkah pemulihan dan pembangunan ekonomi perlu dijadikan agenda utama negeri,” katanya.

Khalil berkata, indikatornya boleh dilihat dengan jelas iaitu peluang pekerjaan masih terhad, kos sara hidup terus meningkat dan kuasa membeli rakyat semakin lemah.

Artikel Berkaitan: