Pelakon utama The Flash kahwini gadis Kadazan

PELAKON utama siri adiwira, The Flash, Grant Gustin dilaporkan telah mengahwini tunangnya, seorang gadis berketurunan Kadazan dari Sabah, Andrea La Thoma dalam satu majlis rahsia pada hujung minggu lalu.
Menurut E! News, pasangan tersebut mengadakan majlis perkahwinan mereka pada 15 Disember lalu di Valentine DTLA, Los Angeles genap setahun selepas mereka dikatakan telah melangsungkan perkahwinan secara rahsia di Sabah.
Meskipun kedua-dua mempelai masih belum membuat pengumuman rasmi, pengurus Grant, Robert Stein mengesahkan perkahwinan tersebut telah berlangsung dan berkongsi sekeping gambar beliau bersama pasangan berkenaan di laman Instagram (IG).
“Sebak apabila menyaksikan penyatuan Grant dan LA yang dikelilingi oleh keluarga dan sahabat rapat.
“Saya mendoakan kebahagian mereka sepanjang hayat,” katanya.
Tahun lepas, Grant dan La, seorang juruterapi fizikal dikatakan telah berkahwin secara rahsia di Sabah sedangkan pasangan tersebut hanya mengunjungi keluarga La di negeri berkenaan dan turut diraikan dalam satu majlis tradisi suku kaum Kadazan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Penggambaran filem, drama dalam studio dibenarkan
12 Mei 2021 01:20pmPek NJOI HD terbaharu tawarkan pengalaman tontonan terhebat
05 Mei 2021 10:25amNora perjelas gosip kahwin dengan Annuar Musa
29 April 2021 03:20pmWanita Asia menang Pengarah Filem Terbaik Oscar
26 April 2021 01:55pmPaderi maut dihempap salib ketika beri peringatan tentang kematian
20 Oktober 2026 08:10am'Saya reda sekiranya itulah harganya' - Mohd Shuhaily
20 Oktober 2026 12:02pmRentas negeri jumpa suami orang, ibu tunggal dicekup berkhalwat di hotel
20 Oktober 2026 03:07pmMurid perempuan meninggal dunia selepas sesak nafas
20 Oktober 2026 01:17pmPKR tuntut Mukhriz mohon maaf, tarik balik dakwaan
20 Oktober 2026 07:08pm- Iklan -- Iklan -
