Solat jenazah ghaib buat Mursi

Mohammed Mursi
Mohammed Mursi
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Semua masjid di seluruh Terengganu mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat hari ini bagi memberikan penghormatan ke atas bekas Presiden Mesir, Dr Mohammed Mursi.

Arahan bagi mengadakan solat jenazah itu telah dimaklumkan menerusi satu surat rasmi yang dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Mat Azmi Arshad, Rabu lalu.

Menurutnya, seluruh masjid diminta mengadakan solat jenazah ghaib bagi menghormati mantan Presiden Mesir, Dr Mohammed Mursi yang telah meninggal dunia pada Isnin (17 Jun) lalu.

Semalam, Menteri Besar Terengganu, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menerusi laman Facebook rasminya turut mengingatkan seluruh rakyat negeri ini supaya menyahut seruan untuk menunaikan solat jenazah ghaib buat bekas Presiden Mesir itu.

Beliau sebelum ini turut merakam takziah atas pemergian Mursi dan menyifatkan ia adalah satu kehilangan yang cukup besar kepada dunia Islam.

"Saya merakam takziah atas pemergian Dr Muhammad Mursi yang merupakan Presiden Mesir yang telah dipilih secara demokratik. Semoga keluarganya dan rakyat Mesir tabah atas ketentuan ini," katanya.

Artikel Berkaitan: