Sarah Clever Girl buat majlis umum jantina anak

Pengacara, Sarah Adiba
Pengacara, Sarah Adiba
A
A
A

PENGACARA program Borak Kopitiam, Sarah Adiba Yussof, 28, berkata, pengumuman jantina baby pada majlis 'Gender Reveal Party' yang dilakukan baru-baru ini bukan kerana mengikut trending.

Menurut bekas peserta Clever Girl musim pertama itu, ia hanya lebih kepada perkongsian kepada rakan dan ahli keluarga sahaja.

"Walaupun acara kecil-kecilan sahaja tapi bila dikongsi pada akaun Instagram saya, ada juga yang mendakwa kononnya saya terikutkan budaya sekarang.

"Sebenarnya, ia lebih kepada perkongsian berita gembira sahaja pun.

Pengacara, Sarah Adiba
Pengacara, Sarah Adiba

"Lebih membuatkan famili teruja apabila penantian hampir 10 tahun untuk dapat cucu daripada anak lelaki, sebab adik-beradik suami semuanya perempuan," ujar Sarah ketika dihubungi Sinar Harian.

Sarah dijangka melahirkan anak lelaki pada penghujung Ogos atau awal September depan di Hospital Shah Alam.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, Sarah berdepan alahan teruk pada trimester pertamanya.

Artikel Berkaitan:

Untuk rekod pasangan Sarah dan suami, Iskandar Mohd Nasir selamat melangsungkan perkahwin pada 2015.