Cukup rotan pada tangan atau kaki sahaja: Cik Piah

Penyampai radio Suria, Feeya Iskandar
Penyampai radio Suria, Feeya Iskandar
A
A
A

MESKIPUN anak-anak masih kecil namun itu bukanlah alasan untuk tidak memberi pendedahan awal kepada mereka mengenali dan mempelajari tentang agama Islam.

Penyampai radio Suria, Feeya Iskandar sedar akan tanggungjawabnya perlu mengambil berat dalam mendidik anak-anak kerana mereka merupakan insan yang akan memimpin negara dan akan menjadi saham untuk ibu bapa di akhirat kelak sebagaimana yang telah dinyatakan dalam hadis al-Bukhari yang berbunyi;

“Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua ibu bapanya”.

Oleh itu, Feeya atau lebih mesra di sapa Cik Piah mengakui agak tegas dengan dua anak lelakinya supaya menjadi insan yang terbaik.

Adam Malique
Adam Malique



“Walaupun anak-anak masih kecil namun saya bertanggungjawab mendidik mereka mengenali Islam. Sebagai contoh, bila suami sedang solat saya akan tunjuk dan terangkan pada mereka.

“Alhamdulillah, anak yang sulung, apabila saya atau suami bentangkan sejadah, dia dah faham yang kami nak solat.

“Sama juga seperti menonton program kartun, saya akan bagi tonton Upin Ipin yang mengaji. Jadi, dari sekecil-kecil itulah, saya didik anak-anak mengenali Islam,” ujar Cik Piah.

Bercerita tentang pendekatan mendisiplinkan anak pula, Cik Piah, 30, mengakui dia seorang ibu yang tegas dengan anak-anak. Namun kekerasan bukanlah penyelesaian terbaik dalam mendidik anak-anak.

“Saya lebih garang berbanding suami. Tapi garang saya bertempat. Apabila anak buat salah saya akan marah. Tapi tak adalah melampaui batas.

Artikel Berkaitan:


“Dalam erti kata lain, dalam tegas ada kelembutan barulah anak akan dengar cakap kita.

Potret kahwin Cik Piah dan suami
Potret kahwin Cik Piah dan suami



“Insya-ALLAH, selagi boleh kawal perasaan marah, saya akan banyakkan bersabar. Susah-susah saya beranak takkan semudah itu saya nak hukum mereka (ketawa).

“Cukup rotan pada tangan atau kaki sahajalah. Kalau sudah besar nanti, ambil pendekatan dengan bawa berbincang, anak-anak tak suka dengan kekerasan.

“Justeru, saya berharap agar mereka bertanggungjawab dan tidak menyakiti hati wanita serta menghormati kedua orang tua,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Pasangan Feeya dan suami, Rashid Abd Wahab berkahwin pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan dua putera bernama Adam Malique, 2, dan Nuh Aryyan kini berusia setahun empat bulan.