Bekas wartawan NST Melaka maut kemalangan

Kereta Proton Persona yang dinaiki mangsa remuk selepas merempuh sebatang pokok di Lebuh Ayer Keroh, awal pagi tadi.
Kereta Proton Persona yang dinaiki mangsa remuk selepas merempuh sebatang pokok di Lebuh Ayer Keroh, awal pagi tadi.
A
A
A

ALOR GAJAH - Bekas wartawan akhbar The New Straits Times (NST) Melaka, Jason Gerald John, 43, maut dalam kemalangan jalan raya di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Jabatan Kesenian Kebudayaan Negara (JKKN) Melaka di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 3.10 pagi itu, kereta jenis Proton Persona yang dinaiki mangsa dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke rumahnya di Taman Ozana, Bukit Katil.

Ketua Polis Daerah, Superintendan A Asmadi Aziz berkata, berdasarkan laporan awal, kereta dipandu isteri mangsa DS Kirsa, 37, dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan lalu merempuh sebatang pokok di pembahagi jalan.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, mangsa yang duduk di bahagian kiri pemandu mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Anggota bomba membantu mengeluarkan isteri mangsa dari kenderaan sebelum dihantar ke Hospital Melaka.
Anggota bomba membantu mengeluarkan isteri mangsa dari kenderaan sebelum dihantar ke Hospital Melaka.

"Isteri mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut. Cuaca berkeadaan baik ketika kejadian manakala permukaan jalan juga lurus dan kering.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Dalam pada itu, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Zainudin Abdullah terlibat dalam kerja-kerja menyelamat mangsa setelah menerima aduan mengenai kejadian itu.

Artikel Berkaitan: