Cik Puan Julita Aishah terlibat kemalangan

Keadaan kenderaan MPV dinaiki Cik Puan Muda Pahang selepas terlibat kemalangan di KM25 Jalan Kota Tinggi - Mersing pagi tadi.
Keadaan kenderaan MPV dinaiki Cik Puan Muda Pahang selepas terlibat kemalangan di KM25 Jalan Kota Tinggi - Mersing pagi tadi.
A
A
A

MERSING - [DIKEMASKINI] Kerabat diraja Pahang, Cik Puan Muda Pahang, Julita Aishah Abdul Latiff cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard dinaiki terlibat kemalangan di KM25 Jalan Kota Tinggi - Mersing pagi tadi.

Kemalangan melibatkan sebuah lori yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu telah menyebabkan Julita Aishah mengalami kecederaan di pinggang.

Sementara pemandu kenderaan dan seorang warga Filipina yang menaiki kenderaan sama tidak mengalami kecederaan.

Bagaimanapun pemandu lori jenis Isuzu berusia 53 tahun mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Keadaan kenderaan MPV dinaiki Cik Puan Muda Pahang selepas terlibat kemalangan di KM25 Jalan Kota Tinggi - Mersing pagi tadi.
Keadaan kenderaan MPV dinaiki Cik Puan Muda Pahang selepas terlibat kemalangan di KM25 Jalan Kota Tinggi - Mersing pagi tadi.

Menurutnya, hasil siasatan awal polis mendapati MPV dalam perjalanan dari arah Johor Bahru menuju ke Kuantan, Pahang.

"Semasa melalui tempat kejadian di satu selekoh di KM25 Jalan Kota Tinggi- Mersing dipercayai MPV telah berlanggar dengan sebuah lori.

Artikel Berkaitan:

"Pemandu lori berusia 53 tahun mendapat kecederaan bahagian kaki dan dirujuk ke Hospital Mersing.

"Pemandu MPV berumur 24 tahun tidak mengalami kecederaan. Seorang penumpang wanita mengalami sakit pinggang dan dirujuk ke Hospital Kuantan Pahang.

"Manakala seorang lagi penumpang wanita tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Jelasnya, pihak polis masih meneruskan siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) APJ 1987.