Taawun Pas-UMNO mimpi ngeri PH

Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz berucap sewaktu Muktamar Dewan Ulamak Pas berucap sewaktu pembukaan Muktamar Dewan Ulamak Pas yang berlangsung di Wisma Belia hari ini. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz berucap sewaktu Muktamar Dewan Ulamak Pas berucap sewaktu pembukaan Muktamar Dewan Ulamak Pas yang berlangsung di Wisma Belia hari ini. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A

KUANTAN -Taawun siyasi (kerjasama) yang terjalin antara Pas-UMNO disifatkan mimpi ngeri dan menggugat kedudukan parti Pakatan Harapan pada PRU15.

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, ini kerana kerjasama itu mampu mewujudkan kesatuan suara daripada kaum teras iaitu Melayu.

Menurutnya, Ulamak Pas menyokong penuh taawun siyasi itu demi untuk maslahah Islam.

“Kita yakin kerjasama tersebut cukup penting sehingga PH melakukan pelbagai cara bagi memecahbelahkan perpaduan tersebut.

"Sebenarnya pertembungan sesama pembangkang merugikan umat Islam. Sebab itulah taawun Pas, UMNO dan parti lain serta NGO boleh mewujudkan kembali kekuatan suara Melayu dan Islam di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ucapan dasar sempena Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat ke-58 di Wisma Belia Indera Mahkota, hari ini.

Dr Mahfodz berkata, penyatuan orang Melayu yang membentuk 65 peratus kekuatan boleh mengembalikan suara Islam di negara ini.

Katanya, kerjasama itu terbukti berjaya dalam beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: