Kapal tangki berlabuh tanpa kebenaran ditahan

Kapal tangki berkenaan yang berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur berjaya ditahan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili jam 3.30 petang semalam.
Kapal tangki berkenaan yang berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur berjaya ditahan Maritim Malaysia, Zon Maritim Tanjung Sedili jam 3.30 petang semalam.
A
A
A
KOTA TINGGI - Sebuah kapal yang berlabuh tanpa kebenaran di perairan Johor Timur berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Zon Maritim Tanjung Sedili (ZMTS) kira-kira jam 3.30 petang semalam.

Pengarah ZMTS, Kepten Maritim Mohd Zulfadli Nayan berkata, kapal tangki tanpa muatan yang berdaftar di Panama itu ditahan kapal peronda APMM pada kedudukan 4 batu nautika Timur Tanjung Penyusop.

"Penahanan dilakukan setelah pemeriksaan mendapati kapal tangki tersebut gagal mengemukakan sebarang kebenaran bersauh dari Pengarah Laut.

"Kapal tersebut dikendalikan oleh 12 kru termasuk nakhoda berumur lingkungan 50 hingga 54 tahun terdiri daripada warganegara Bangladesh, India, Indonesia dan Myanmar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut.

Katanya, jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Tegasnya, APMM sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan akan sentiasa mengambil tindakan sewajarnya demi memastikan kesejahteraan perairan negara khususnya Perairan Johor Timur.

Artikel Berkaitan: