Guna media sosial capai kemenangan PRU15

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan membuat gimik perasmian sewaktu Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kali Ke-60 bermula hari ini di Bukit Gambang. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan membuat gimik perasmian sewaktu Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Kali Ke-60 bermula hari ini di Bukit Gambang. - FOTO ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A

KUANTAN - Pas akan menggunakan media sosial untuk mencapai kemenangan pada PRU15.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, medium tersebut perlu digunakan sebaiknya dalam mengeluarkan kenyataan rasmi daripada kepimpinan parti itu.

Menurutnya, perwakilan perlu sedia menghadapi cabaran media sosial tanpa sempadan dan perlu bertanggunjawab dengan semua perkataan yang ditulis serta dimuat naik di laman sosial.

“Dalam media sosial yang serba terbuka ini... tiada batas perkara yang benar dan batil, dosa dan haram.. Telefon pintar lebih tajam daripada keris kerana mampu membunuh jiwa jika penyebaran berita tidak tepat.

“Kalau boleh jadikan media sosial sebagai pemangkin untuk kemenangan Pas. Pastikan ada kenyataan rasmi daripda presiden bagi menjelaskan sesuatu isu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Ke-60 di Pusat Konvensyen, Bukit Gambang Resort City (BGRC) hari ini.

Beliau mengingatkan semua perwakilan agar menggunakan sebaiknya senjata ini.

“Pastikan dapat pahala dengan media sosil, kena ‘tabbayun’ (memeriksa) sesuatu berita, perlu selidik berita itu.

Artikel Berkaitan:

“Pas masih ingat waktu telefon mula-mula keluar dulu ceramah di Bidor, Perak ada penyebaran berita pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan selepas itu dapat pesanan meminta maaf berhubung dakwaan itu,” katanya.