10 penuntut kolej swasta ditahan simpan alat hisap dadah

Pemeriksaan dilakukan di hostel kolej swasta selepas 10 orang pelajar dikesan menyimpan peralatan menghisap dadah dan bungkusan syabu
Pemeriksaan dilakukan di hostel kolej swasta selepas 10 orang pelajar dikesan menyimpan peralatan menghisap dadah dan bungkusan syabu
A
A
A

PERAI - Seramai 10 orang penuntut sebuah kolej swasta di sini ditahan polis semalam selepas didapati menyimpan peralatan menghisap dadah dan bungkusan plastik lut sinar yang mengandungi syabu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat itu daripada penyelia asrama berkenaan yang membuat pemeriksaan di asrama penginapan pelajar terbabit kira-kira jam 11.55 malam.

Menurutnya, semakan yang dibuat mendapati dua daripada 10 pelajar yang ditahan mempunyai rekod kesalahan lampau bersabit penyalahgunaan dadah.

"Ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap mereka juga mendapati tujuh daripadanya positif dadah jenis methamphetamine.

"Kesemua yang ditahan berusia 15 hingga 25 tahun dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah untuk tindakan lanjut dan kes akan disiasat mengikut Sek 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Sesyen,15(1)(a) akta yang sama," katanya.

Artikel Berkaitan: