Kerajaan sasar 5,000 rumah PGBF selesai tahun ini

Azmin, Zuraida dan Amirudin bergambar bersama sebahagian kecil pembeli rumah Idaman Warisan yang diberikan sijil pemilikan unit yang dijangka siap selewatnya hujung tahun ini.
Azmin, Zuraida dan Amirudin bergambar bersama sebahagian kecil pembeli rumah Idaman Warisan yang diberikan sijil pemilikan unit yang dijangka siap selewatnya hujung tahun ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan akan menyelesaikan 5,000 unit projek terbengkalai Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) dengan peruntukan RM250 juta sebelum penghujung tahun ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau menyambut baik usaha kerajaan Selangor yang mengkhususkan 500 unit kepada peneroka Felda di bawah Projek Idaman Cahaya, Encorp Cahaya Alam di sini.

"Felda mulakan inisiatif mengenal pasti projek terbengkalai PGBF seluruh negara. Tumpuan kita adalah di kawasan tanah rancangan Felda yang luas terutama di Pahang, Perak, Johor dan Negeri Sembilan.

"Kita lihat kesesuaian usahasama jika ada pihak yang berminat menjalin kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan anak syarikat Felda dalam menyediakan perumahan kondusif kepada kumpulan ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangani Perjanjian rumah mampu milik, Rumah Idaman antara Konsortium PCSB-MGB dan Must Ehsan Development Sdn Bhd turut dihadiri Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin; Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Operasi Permodalan Negeri Selangor Berhad, Datuk Seri Ahmad Omar di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin di sini hari ini

Dalam pada itu, Azmin memuji inisiatif kerajaan Selangor yang meneruskan usaha menyelesaikan projek terbengkalai melibatkan 203 unit rumah berkembar dua tingkat Idaman Warisan Puncak Alam.

Azmin menghargai usaha kerajaan negeri membantu penyediaan lokaliti bagi penempatan peneroka Felda menerusi 500 unit di Idaman Cahaya di Selangor.
Azmin menghargai usaha kerajaan negeri membantu penyediaan lokaliti bagi penempatan peneroka Felda menerusi 500 unit di Idaman Cahaya di Selangor.

"Usaha bermula 2016 iaitu setahun selepas saya dilantik menjadi menteri besar. Keputusan kolektif dicapai untuk menyelesaikan masalah pembeli yang ditinggalkan pemaju selepas hampir dua dekad.

Artikel Berkaitan:

"Banyak serangan diterima oleh saya dan kerajaan negeri ketika itu namun dengan sikap telus dan terbuka projek diteruskan dan bakal disiapkan sebelum hujung tahun ini," katanya.

Sementara itu, Amirudin berkata, kerajaan negeri akan mengguna pakai skim perumahan diperkenalkan kementerian dalam usaha menyelesaikan isu pemilikan rumah dan pembiayaan.

"Daripada 1,800 unit projek Idaman Cahaya, 500 unit dikhaskan bagi peneroka Felda dan 100 unit kepada Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS) untuk program Smart Sewa dan Dana-Sel bagi B40.

"Ini adalah inisiatif kerajaan negeri ingin membantu isu perumahan melibatkan peneroka Felda. Kita bersedia meneruskan kerjasama dengan anak syarikat Felda pada masa akan datang namun bergantung kepada lokaliti dan kesesuaian tanah," katanya.

Kerajaan negeri Selangor komited membina 30,000 rumah mampu milik menjelang 2025 ," kata Menteri Besar Selangor Amirudin Shari pada sidang media Majlis Menandatangani Perjanjian antara Konsortium PCSB-MGB dan Must Ehsan Development Sdn Bhd, di Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin hari ini. LAPORAN MOJO NORAFIZA JAAFAR DAN MOJO MUHAMMAD AMINURALIF MOHD ZOKI

Posted by Sinar Harian Edisi Selangor & KL on Monday, June 17, 2019