Jenazah empat sekeluarga selamat dikebumi

Kesemua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Felda Bukit Puchong hari ini.
Kesemua mangsa dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Felda Bukit Puchong hari ini.
A
A
A
BERA -Jenazah empat sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Jalan Temerloh-Bera semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Puchong hari ini.

Jenazah pasangan suami isteri, Nor Amri Mohd Ali,35; Siti Rahmah Abidin, 33; iparnya, Siti Zubaidah Abidin, 40, bersama anak bongsunya, Aqil Ziqri Shah Kamaruzaman,6, dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira jam 11 pagi ini.

Sebelum itu kesemua mayat mangsa yang dibedah siasat di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh dibawa keluar pada jam 10 pagi ini dan terus ke Masjid Felda Bukit Puchong sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Felda terbabit.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.50 petang semalam, kesemua mangsa dalam perjalanan menghadiri majlis pertunangan saudara mereka di Serting, Negeri Sembilan.

Mereka yang menaiki kereta jenis Perodua Viva itu berlanggar dengan sebuah lori di Kilometer 51, Jalan Temerloh-Bera di sini menyaksikan kereta yang dinaiki lima orang itu remuk teruk selepas berlanggar dan terperosok di bawah lori terbabit.
Artikel Berkaitan:


Seorang lagi penumpang kereta, Nor Shuhada Shukri,29, sedang menerima rawatan di Hoshas [Temerloh.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat maut babitkan kereta, dua lori