Wanita maut motosikal dibonceng terlibat kemalangan

Keadaan kedua-dua kenderaan selepas terlibat kemalangan di Kilometer 7, Simpang Bekoh, Jasin, petang semalam.
Keadaan kedua-dua kenderaan selepas terlibat kemalangan di Kilometer 7, Simpang Bekoh, Jasin, petang semalam.
A
A
A

JASIN - Seorang wanita maut apabila motosikal yang dibonceng terbabit kemalangan di Kilometer 7, Simpang Bekoh, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, difahamkan mangsa, V Kaesturi, 22, membonceng motosikal jenis Honda Wave yang ditunggang seorang lelaki dipercayai tunangannya, B Surendran, 30.

Menurut sumber, motosikal dibonceng mangsa datang dari arah Simpang Bekoh ke Asahan bertembung dengan kereta Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 32 tahun, dari arah bertentangan.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati, motosikal terbabit dipercayai ditunggang laju, lalu hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan terlanggar bahagian kanan hadapan kereta Perodua Myvi.

Keadaan kedua-dua kenderaan selepas terlibat kemalangan di Kilometer 7, Simpang Bekoh, Jasin, petang semalam.
Keadaan kedua-dua kenderaan selepas terlibat kemalangan di Kilometer 7, Simpang Bekoh, Jasin, petang semalam.

"Akibat kemalangan ini, Kaesturi meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami pelbagai kecederaan manakala Surendran mengalami luka pada kaki dan tangan dan dihantar ke Hospital Jasin untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Manakala mayat mangsa dihantar ke jabatan forensik hospital sama untuk tujuan bedah siasat. Pemandu kereta pula mengalami luka kecil pada kaki kiri," katanya ketika dihubungi.

Arshad berkata, kejadian berlaku di atas jalan bertar pada permukaan kering, dan kedua-dua kenderaan ditahan untuk pemeriksaan Puspakom.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.