Lapan mayat terakhir orang asli dibawa keluar

A
A

GUA MUSANG - [DIKEMASKINI] Lapan mayat terakhir orang asli suku Bateq kesemuanya telah dibawa keluar dari Kuala Koh dan dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM) hari ini.

Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, kelapan-lapan mayat itu dibawa ke Hospital Gua Musang untuk siasatan lanjut.

"Mayat pertama dibawa keluar antara jam 1.30 petang sehingga yang terakhir pada jam 6.40 petang tadi.

"Keadaan cuaca yang baik juga turut memudahkan urusan untuk membawa kesemua mayat keluar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di pusat operasi Ops Batek, Kuala Koh di sini.

Kelapan-lapan mayat orang asli berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Gua Musang.
Kelapan-lapan mayat orang asli berjaya dikeluarkan dan dibawa ke Hospital Gua Musang.

Lapan mayat itu dipercayai Puspa Lie, 5; Amir Lie, 1; Haikal Rahim, 20; Farah Rahim, 32; Jais Keladi, 55; Laila Hamdan, 20; Mohd Saleh Khaizan,1 dan Jelik Jong.

Selain itu, mayat Mek Nab dan tiga lagi mayat yang dibawa keluar dipercayai Din Hamdan, 29; Fayah Papan, 20 dan Safia Papan, 18.

Terdahulu, dua mayat milik Romi Hamdan, 29 dan Puja Jong, 22, digali semula dan dihantar ke HGM bagi siasatan lanjut.

Kedua-duanya melalui proses bedah siasat sebelum ini dan disahkan meninggal dunia akibat radang paru-paru.

Mereka didakwa meninggal dunia dari tempoh 2 Mei hingga 6 Jun lalu.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia