Pelajar sekolah maut kemalangan

Lokasi kejadian di simpang empat lampu isyarat KHTP 21, di sini petang semalam.
Lokasi kejadian di simpang empat lampu isyarat KHTP 21, di sini petang semalam.
A
A
A

KULIM - Seorang pelajar tingkatan lima maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lagi motosikal di simpang empat lampu isyarat KHTP 21, di sini petang semalam.

Ketua Polis Kulim, Superintendan Mohd Yusuff Shaari berkata, mangsa Taqiyyuddin A`abid Azrulnizam,17, beralamat dari Kulim Perdana.

Menurutnya, pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian jam 3.15 petang.

"Mangsa menaiki motosikal jenis Modenas Kriss manakala seorang lagi penunggang berusia 26 tahun dari Batu Gajah Perak menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135.

"Siasatan di tempat kemalangan mendapati mangsa datang dari arah Taman Kulim Perdana manakala penunggang motosikal Yamaha LC 235 datang dari arah Hospital Kulim," katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca dari kecuaian penunggang Yamaha yang telah melangggar lampu isyarat merah dari arah Hospital Kulim.

Katanya, kemalangan itu mengakibatkan mangsa maut di lokasi kejadian manakala penunggang Yamaha mengalami cedera parah dan dihantar ke Hospital Kulim untuk jalani rawatan.

"Usaha mengesan saksi bebas sedang dijalankan.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.