Polis akan siasat ketulenan video, gambar

 Abdul Hamid Bador
Abdul Hamid Bador
A
A
A

KANGAR - [DIKEMASKINI] Polis akan siasat secara menyeluruh termasuk ketulenan gambar dan video intim yang tersebar melibatkan dua lelaki dengan seorang daripadanya didakwa menteri Kabinet.

Memetik laporan sebuah portal berita, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, polis akan menyiasat mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada sama seperti kes jenayah lain sebaik kertas siasatan dibuka.

“Gambar dan video itu juga akan disiasat sama ada tulen atau tidak dan saya tidak akan terus membuat sebarang kesimpulan selagi siasatan masih berjalan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis hari ini.

Katanya, polis juga akan menyiasat sama ada Haziq Abdullah Abdul Aziz iaitu lelaki yang mengaku individu dalam video intim yang dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet, bercakap benar atau tidak.

“Sama ada yang menuduh (Haziq) bercakap benar, dipaksa atau ada konspirasi atau tidak.

“Sebaik kertas siasatan lengkap kita akan menyerahkan kepada peguam negara untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini pihaknya belum mempunyai petunjuk siapa benar dan siapa salah.

Dalam pada itu katanya, polis akan memanggil sesiapa sahaja dalam waktu terdekat bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Abdul Hamid berkata, beliau tidak memberi tekanan kepada pegawainya untuk menjalankan siasatan namun mengharapkan siasatan itu dapat selesaikan secapat mungkin.

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/32596/KHAS/Isu/Haziq-ditahan-sebelum-berlepas-ke-Manila

Semalam, Haziq, 27, ditahan di terminal pelepasan antarabangsa Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada jam 6 petang sebelum dia berlepas ke Manila, Filipina.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed menjelaskan, siasatan terhadap Haziq dijalankan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.