Lebih 40 rakyat Palestin cedera di sempadan Gaza

Penduduk Palestin mengangkat rakan mereka yang cedera akibat ditembak tentera Israel.
Penduduk Palestin mengangkat rakan mereka yang cedera akibat ditembak tentera Israel.
A
A
A

GAZA CITY - Sekurang-kurangnya 49 rakyat Palestin termasuk seorang anggota paramedik wanita cedera terkena tembakan peluru hidup dan peluru getah semasa protes mingguan di pagar sempadan Gaza-Israel semalam.

Sumber perubatan berkata, beberapa mangsa yang parah dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Lebih 270 rakyat Palestin terbunuh sejak tunjuk perasaan besar-besaran membantah kepungan Israel ke atas wilayah Gaza tercetus sejak 30 Mac tahun lalu.

Selain menuntut rejim Zionis melonggarkan sekatan di Gaza, rakyat Palestin turut menuntut hak untuk pulang ke kampung halaman yang dirampas Israel pada 1948. - Agensi

Artikel Berkaitan: