Putra Amaris jual nasi lemak

No Image Caption
A
A
A

PELAKON, Putra Amaris memberitahu perkembangan terkini dia baru sahaja dua bulan lebih membuka sebuah warung kecil dengan menjual nasi lemak di Alor Point, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Menurut pelakon Patahnya Sebelah Sayap dan Andainya Takdir itu, waktu operasi bermula pada jam 5 petang sehingga jam 2 pagi setiap hari.

“Sekarang tengah promosi nasi lemak sebungkus dengan teh tarik, satu set RM2.50 sahaja.

“Pemilihan lokasi kerana menjadi tumpuan pelancong luar negara sekali gus nak kenalkan makanan tradisional dan air minuman kita kepada mereka.

No Image Caption

“Alhamdulillah baru sahaja dibuka sebulan lebih dan sambutan syukur menggalakkan,” ujarnya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Muhammad Amran Haji Ismail atau lebih dikenali Putra Amaris, 33, berkata, dia terpaksa memperlahankan karier seni kerana mahu menjaga ibunya tidak berapa sihat.

“Sejak pemergian arwah ayah, kesihatan ibu mula terjejas dan disebabkan itu, saya perlu menjaganya. Ibu perlukan sokongan daripada anak-anaknya, tugas saya dan adik-beradik ialah untuk menyenangkan hatinya.

Artikel Berkaitan:

“Saya sentiasa positif dalam apa sahaja yang berlaku di dalam kehidupan ini kerana tahu pasti akan ada hikmah sebaliknya.

“Justeru, yang hidup ini kita teruskan dan jaga apa yang ada di depan mata kita. Rezeki bukan sekadar pada karier lakonan sahaja tetapi ia termasuk ahli keluarga juga dan pada masa sama saya kena pikul tanggungjawab,” akhirinya.