Tesco pamer amaran pada botol peluntur, elak kekeliruan

Gambar produk peluntur dan minuman yogurt yang tular di media sosial.
Gambar produk peluntur dan minuman yogurt yang tular di media sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tesco Malaysia akan meletakkan tanda amaran pada botol peluntur pakaian yang dikeluarkan syarikat itu bagi mengelakkan sebarang kekeliruan kepada pelanggan.

Ia susulan kebimbangan disuarakan orang ramai yang mendakwa terdapat persamaan dalam rekaan botol peluntur dan minuman yogurt dikeluarkan Tesco.

“Tesco Malaysia peka dengan kebimbangan disuarakan berhubung persamaan reka bentuk produk peluntur dan minuman yogurt Tesco Everyday Value.

“Kami ingin memaklumkan pihak kami sedang mengubah semula reka bentuk produk tersebut dan rekaan dijangka dilancarkan selepas bulan Jun nanti.

“Buat masa ini, kami ambil langkah sewajarnya dengan menambah amaran keselamatan pada bahagian hadapan botol peluntur itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, semua produk pencuci lantai berasid dan produk peluntur dikeluarkan Tesco dilengkapi dengan penutup keselamatan untuk kanak-kanak.

“Jika pelanggan mempunyai sebarang soalan berhubung perkara ini, mereka boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan Tesco di talian 1300-13-1313,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: