Rangka dipercayai milik orang asli ditemui

Hasanuddin ketika sidang media di Gua Musang hari ini berhubung rangka dipercayai milik orang asli yang ditemui hari ini.
A
A

GUA MUSANG - Polis menemui satu rangka dipercayai milik orang asli di atas tanah sekitar dari jarak tujuh kilometer dari Pejabat Aring 10, di sini hari ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hassan, berkata, rangka yang bertaburan di atas tanah di tengah hutan itu ditemui pada jam 4.30 petang.

Bagaimanapun katanya, rangka berkenaan masih belum dibawa keluar dan lokasi terbabit ditanda terlebih dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Panik, takut punca orang asli tak lapor kematian

Task force kesan, gali semula kubur 12 orang asli

Mayat orang asli depan mata

"Operasi yang bermula jam 2.30 petang tadi melibatkan lebih 30 anggota dan turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan penduduk orang asli.

"Identiti rangka masih belum diketahui kerana dipercayai diuruskan dengan cara adat iaitu diletakkan atas pokok. Ia ditemui secara berterabur.

"Memandangkan waktu sudah lewat, kita menanda terlebih dahulu dan operasi akan disambung esok bagi membawa keluar rangka serta pencarian 11 lagi mayat," katanya.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia