Kematian orang asli tiada kaitan dengan pencemaran air

Mohd Amar Nik Abdullah
Mohd Amar Nik Abdullah
A
A
A

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan lega apabila beberapa agensi mengesahkan jangkitan radang paru-paru membabitkan orang asli di Kuala Koh tiada kaitan dengan pencemaran air atau aktiviti perlombongan.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, ia termasuk pendedahan menteri kesihatan yang mengaitkan kematian orang asli tidak bersangkut paut dengan dua faktor tersebut.

Menurutnya, penerangan turut disokong oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Kesihatan dan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) yang berada di lokasi berkenaan.

“Sebelum ini macam-macam tohmahan dilontarkan, memperbesarkan isu perlombongan dan pencemaran air kepada kerajaan negeri.

“Bila mereka (menteri dan agensi) buat kenyataan rasmi, sebagaimana laporan akhbar ia menjelaskan penyakit yang dihadapi penduduk orang asli tiada bersangkut paut dengan pencemaran air atau perlombongan.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar mesyuarat Exco di Kompleks Kota DarulNaim hari ini.

Meskipun tiada bukti mengaitkan penyakit itu dengan dua aspek tersebut, Mohd Amar berkata, kerajaan negeri bertanggungjawab untuk membantu dengan menyalurkan bekalan air bersih.

Menurutnya, syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sudah menghantar bekalan air bersih ke Kuala Koh.

Artikel Berkaitan:

“Saya difahamkan tangki dah dihantar, air juga diberi, setakat hari ini masih lagi ada bekalan.

“Di situ ada telaga tiub dan selepas mendapati tiada pencemaran air, maka air dari telaga itu selamat untuk digunakan,” katanya hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN:

Mayat orang asli depan mata

Kerajaan pandang serius kematian orang asli di Kuala Koh: TPM