Kanak-kanak terperangkap dalam telaga gagal diselamatkan

Operasi menyelamat kanak-kanak dua tahun yang terperangkap dalam sebuah perigi di Punjab dijalankan oleh pihak berkuasa semalam. - FOTO AFP
Operasi menyelamat kanak-kanak dua tahun yang terperangkap dalam sebuah perigi di Punjab dijalankan oleh pihak berkuasa semalam. - FOTO AFP
A
A
A

NEW DELHI - Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dari India yang terperangkap selama lima hari dalam sebuah telaga akhirnya meninggal dunia.

Mayat Fatehveer Singh yang terperangkap dalam sebuah telaga lama sedalam 33 meter di daerah Sangrur, negeri Punjab itu dibawa keluar pihak penyelamat dalam keadaan tidak bernyawa awal pagi tadi.

"Kanak-kanak tersebut telah meninggal dunia. Mayatnya dikeluarkan pada jam 5 pagi tadi (waktu tempatan) oleh anggota Pasukan Tindak Balas Bencana Nasional (NDRF)," kata ahli Parlimen tempatan, Vijay Inder Singla.

ARTIKEL BERKAITAN: Operasi selamat budak terperangkap dalam telaga diteruskan

Mangsa yang hanya menerima bekalan oksigen tanpa sebarang makanan dan air diterbangkan ke sebuah hospital di Chandigarh di mana dia disahkan meninggal dunia.

Terdahulu, mangsa terjatuh ke dalam telaga milik keluarganya yang tidak lagi digunakan sejak tahun 1991 itu ketika bermain berhampiran rumahnya pada Khamis lalu.

Operasi menyelamat berdepan pelbagai cabaran antaranya, keadaan sempit telaga yang hanya mempunyai diameter selebar 23 sentimeter.

Penduduk setempat yang berang menyalahkan kelewatan pihak berkuasa menyelamatkan mangsa selain kekurangan bantuan teknikal sebagai punca kematian mangsa. - AFP

Artikel Berkaitan: