Ajak rakyat umat Islam sokong pendirian PM

Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dr Mohd Asri Zainul Abidin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin amat menghormati pendirian Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam isu ekstradisi penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik.

Menurutnya, sikap itu membuktikan bahawa Dr Mahathir tidak tunduk kepada kehendak kezaliman dan penindasan yang berlaku di India.

"Pendirian Perdana Menteri, Tun Mahathir dalam isu ini amat dihormati.

ARTIKEL BERKAITAN: PM banding status Zakir dengan ekstradisi Sirul

"Ia membuktikan sikap beliau yang tidak tunduk kepada kehendak kezaliman dan penindasan di India," katanya.

Pada masa sama, Mohd Asri turut meminta agar rakyat Malaysia menyokong keputusan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri itu.

"Umat Islam dan rakyat yang setia hendaklah berada di belakang Tun Mahathir dalam isu ini.

"Apa yang menghairankan kita, ada sejumlah mereka yang sudah mendapat kerakyatan atau menjadi rakyat negara ini tapi tumpah setia mereka pada negara asal mereka. Nyata kesetiaan mereka bukan kepada Malaysia sebaliknya kepada India," katanya.

Artikel Berkaitan: