Lelaki maut dirempuh tren komuter

Noorzainy
Noorzainy
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang lelaki maut selepas dirempuh tren komuter di KM23.750 diantara Tasek Gelugor-Sungai Petani di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 9.06 pagi itu, mayat mangsa yang belum dikenal pasti identiti ditemui dalam keadaan tidak sempurna dengan kaki kiri terputus.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Noorzainy Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati selepas dirempuh mangsa dikatakan diseret sejauh 230 meter berdasarkan penemuan darah, cebisan daging dan pakaian mangsa.

"Pemeriksaan di lokasi kejadian mendapati kawasan tersebut berpagar jaring besi dan tidak boleh dimasuki orang atau binatang.

"Bagaimanapun terdapat lubang pada pagar jaring besi tersebut digunakan oleh orang kampung untuk melintasi laluan keretapi itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Noorzainy berkata, mangsa dipercayai memasuki laluan keretapi itu melalui lubang pagar dan tiada sebarang senjata tajam mahu pun alatan lain di tempat kejadian dijumpai

Tambahnya, tiada saksi yang melihat kejadian berkenaan dan pemeriksaan di kawasan tersebut mendapati tiada kamera litar tertutup (CCTV).

"Siasatan menunjukkan tiada sebarang unsur jenayah dikesan di tempat kejadian dan mangsa dipercayai membunuh diri.

Artikel Berkaitan:

"Mayat di hantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya.