Kepala budak tersekat di jeriji pintu rumah

Kepala seorang kanak-kanak lelaki tersepit di jeriji pintu rumahnya.
Kepala seorang kanak-kanak lelaki tersepit di jeriji pintu rumahnya.
A
A
A

BALAKONG - Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun melalui detik-detik mencemaskan apabila kepalanya tersekat di jeriji pintu rumahnya di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tun Hussein Onn, di sini hari ini.

Menurut kenyataan media, Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn menerima panggilan kecemasan pada jam 12.01 tengah hari.

Sepasukan lima pegawai dan anggota yang diketuai oleh Komander Operasi Shaiful Bahrin Samad dari balai berkenaan bergegas ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi kejadian anggota Bomba dan Penyelamat mendapati seorang kanak-kanak sedang terbaring dan kepalanya tersekat di jeriji pintu utama.

Anggota Bomba dan Penyelamat berkenaan bertindak memotong bahagian jeriji tersebut dengan menggunakan anak mata gergaji besi.

Kanak-kanak berkenaan berjaya diselamatkan serta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Artikel Berkaitan:
Artikel Berkaitan