Mayat lelaki ditemukan dalam kereta dipercayai lemas

Kereta yang dipandu mangsa ditemui terjunam ke dalam sungai tersebut.
Kereta yang dipandu mangsa ditemui terjunam ke dalam sungai tersebut.
A
A
A

BENTONG - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam sebuah kereta selepas dipercayai lemas setelah kenderaan dipandunya terjunam ke dalam Sungai Benus di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong berhampiran Suria Hot Spring hari ini.

Mangsa yang merupakan seorang penyelia kilang, Thong Siew Ming, 34, dari Kampung Perting di sini ditemui pada jam 1.40 petang tadi di dalam kereta jenis Toyota Vios di tempat duduk sebelah pemandu.

Mayat mangsa dibawa naik oleh anggota bomba pada jam 1.40 petang hari ini.
Mayat mangsa dibawa naik oleh anggota bomba pada jam 1.40 petang hari ini.

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Che Anuar Ahmad berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 11.20 pagi.

Menurutnya, kereta berkenaan telah terjatuh ke dalam sungai ketinggian lebih kurang enam meter dan kedalaman air kira-kira dua meter.

"Keadaan air deras dan kita bertindak mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung dan tali.

"Mangsa berjaya diangkut keluar pada jam 1.40 petang dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya," katanya.

Tambahnya, hasil maklumat yang diberikan oleh abang mangsa, kejadian dipercayai berlaku malam tadi.

Artikel Berkaitan:

"Abang mangsa memberitahu adiknya bertolak dari Bentong menuju ke Kuala Lumpur malam tadi namun tiada sebarang panggilan daripada adiknya selepas itu," katanya.