JPJ nafi hanya 4 kamera AWAS berfungsi

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan laporan sebuah portal berita tempatan yang mendakwa hanya empat kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang berfungsi.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan JPJ lewat malam tadi menjelaskan, bahawa kesemua 41 kamera AWAS masih dalam keadaan baik dan boleh beroperasi.

“Pengoperasian beberapa kamera AWAS ditangguhkan sementara waktu kerana terbabit dengan kemalangan dan membabitkan kerja pendawaian serta pemasangan semula.

“Kesemua 41 kamera adalah masih dalam keadaan baik dan sedang beroperasi,” petik kenyataan berkenaan.

Laporan portal berkenaan turut memetik sumber yang mendakwa, 41 kamera di jalan raya dan lebuh raya, yang dulunya dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), tidak berfungsi kerana tidak diselenggara.

Kenyataan itu menyusul selepas portal itu pada 5 Jun lalu mendakwa hanya empat daripada 45 kamera Awas di seluruh negara berfungsi sejak pengoperasian diambli alih pada September 2018.

Artikel Berkaitan: