Op Selamat: 140 kematian dicatatkan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 140 kematian direkodkan dalam tempoh lapan hari Op Selamat 15/2019 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang dilancarkan sejak 29 Mei lalu.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Urusetia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, mengikut laporan statistik Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), sebanyak 13,316 kemalangan dicatatatkan di seluruh negara.

“Daripada jumlah itu, negeri Selangor mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 22 kes, diikuti Johor (19), Kedah (15), Perak (14), Sarawak (12), Pahang, Kelantan dan Sabah (10), Negeri Sembilan (8), Pulau Pinang dan Terengganu (5), Perlis dan Melaka (4) dan Kuala Lumpur (2).

“Sebanyak 18,854 kenderaan terlibat dengan kemalangan jalan raya dengan 133 daripadanya merupakan kemalangan maut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Asmawati berkata, statistik turut menunjukkan, sejumlah 182,755 saman dikeluarkan daripada 2,385 operasi yang telah dijalankan seluruh negara setakat semalam.

Mengulas berhubung kejadian jenayah kes pecah rumah, beliau berkata, sebanyak 334 kes dilaporkan di seluruh negara.

"Selangor mencatatkan kes tertinggi dengan 80 kes, diikuti Sarawak dan Kuala Lumpur (33), Sabah (30), Perak (26), Johor (22), Negeri Sembilan (21), Pulau Pinang (20), Pahang (19), Kelantan (18), Kedah (17), Melaka (8), Terengganu (4) dan Perlis (3)," katanya.

Artikel Berkaitan: