Awas lokasi ‘panas’ kemalangan!

Ambilah iktibar dengan berita kemalangan untuk menjadikan kita pemandu yang lebih berhemah. (Gambar hiasan)
Ambilah iktibar dengan berita kemalangan untuk menjadikan kita pemandu yang lebih berhemah. (Gambar hiasan)
A
A
A

SHAH ALAM - Kebanyakan kes kemalangan yang berlaku pada musim perayaan berpunca daripada sikap pemandu itu sendiri, kata Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Senior Asisten Komisioner Datuk Mohd Nadzri Hussain.

Kata Mohd Nadzri, ia terbukti apabila kes kemalangan yang direkodkan adalah disebabkan memandu laju, memotong barisan, melanggar lampu isyarat, menggunakan telefon bimbit dan menggunakan lorong kecemasan.

“Kes kenderaan terbabas hingga mengakibatkan kemalangan maut juga turut merekodkan jumlah yang membimbangkan kerana sikap pemandu yang memandu terlalu laju.

“Jadi pemandu perlu mengubah sikap dan mengambil iktibar dengan kes-kes kemalangan yang telah berlaku sebelum ini supaya benda sama tidak berlaku kepada mereka,” katanya ketika hadir pada program wawancara Mingguan Wanita baru-baru ini.

Menurutnya lagi, pihaknya juga akan melaksanakan operasi secara berterusan untuk memastikan pemandu mematuhi undang-undang jalan raya.

Tambahnya lagi, PDRM juga sentiasa komited untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk meneruskan kempen keselamatan jalan raya bagi memberi lebih kesedaran kepada pemandu.

“Kempen-kempen kesedaran ini akan diteruskan untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya agar peka dengan keadaan semasa dan cara pemanduan yang mengikut undang-undang,” katanya.

Artikel Berkaitan: