Pusat hiburan tawar khidmat seks diserbu

Antara pelacur yang ditahan polis dalam serbuan awal pagi tadi. FOTO : PDRM
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah pusat hiburan yang menawarkan khidmat tidak bermoral, urut badan dan seks diserbu polis awal pagi tadi.

Pegawai Turus Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7), Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Rohazah Alwi berkata, serbuan dilakukan di Taman Miharja dan polis telah menahan 11 wanita warga asing dipercayai pelacur berusia antara 23 hingga 43 tahun.

Menurutnya, polis juga menahan dua lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis dan seorang lagi dipercayai ketua kepada kegiatan pelacuran itu.

“Hasil siasatan lanjut mendapati, premis pusat hiburan yang berselindung di sebalik perusahaan pusat urutan Thailand ini sebenarnya menawarkan khidmat urutan badan dan seks.

“Tawaran adalah serendah RM170 bagi setiap 45 minit perkhidmatan pelacur. Dalam operasi ini, polis turut merampas 21 keping kondom, wang tunai, jadual kerja pelacur dan tuala,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rohazah berkata, hasil semakan juga mendapati, premis berkenaan pernah diserbu pihak berkuasa beberapa kali sebelum ini.

“Selepas beberapa bulan premis ditutup, pemiliknya didapati memulakan semula kegiatan tidak bermoral itu baru-baru ini,” katanya lagi.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia