LKIM jamin bekalan ikan mencukupi sempena Aidilfitri

Bekalan ikan setakat ini mencukupi bagi menampung permintaan orang ramai.
Bekalan ikan setakat ini mencukupi bagi menampung permintaan orang ramai.
A
A
A

KUANTAN - Bekalan ikan di Pahang dijamin mencukupi bagi menampung keperluan pengguna sempena Aidilfitri yang akan disambut dua hari lagi.

Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pahang, Rashima Baharuddin berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia mampu menampung permintaan pengguna.

Menurutnya, meskipun dijangka berlaku pengurangan bekalan ikan segar, tetapi ikan sejuk beku atau Q-Fish menjadi alternatif kepada pengguna.

"Bagi musim perayaan Aidilfitri kali ini, empat jenis ikan yang disekat eksport ialah kembung, selar, pelaling dan selayang bermula 1 Mei lalu hingga 30 Jun ini.

“Jadi, kerajaan juga melaksanakan sekatan eksport spesies ikan terpilih bagi mengimbangi bekalan ikan di pasaran tempatan pada musim perayaan,” katanya ketika di Pasar Nelayan Pantai Sepat hari ini.

Rashima
Rashima

Beliau menggalakkan agar orang ramai memilih dan menggunakan ikan Q-Fish yang dijual pada harga lebih rendah.

Jelasnya, harga ikan Q-Fish sekitar 20 hingga 50 peratus berbanding pasaran selain mempunyai bekalan stok mencukupi untuk digerakkan di lokasi diperlukan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu,Rashima berkata, ikan Q-Fish yang dipasarkan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) itu turut terjamin dari segi kualiti dan kesegarannya.

Selain itu, menurutnya, bekalan ikan Q-Fish boleh diperoleh di pasar raya dan outlet tertentu.

“Di daerah Kuantan misalnya, ia ada dijual di pasar raya Tunas Manja, Serambi Teruntum selain Persatuan Nelayan Negeri yang menjadi pembekal ikan Q-Fish di koperasi-koperasi," katanya.