Pejabat MB Pahang, NGO jayakan Singgah Sahur

Rombongan singgah ke balai bomba mengagihkan pek makanan juadah bersahur.
Rombongan singgah ke balai bomba mengagihkan pek makanan juadah bersahur.
A
A
A

KUANTAN - Sejumlah 6,000 pek makanan dan bubur lambuk diedarkan pada program Singgah Sahur anjuran Pejabat Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sejak minggu lalu.

Program dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang itu turut disertai ahli jawatankuasa Persatuan Kebajikan Ukhuwah dan Silaturahim Pahang (Ukhuwah), Persatuan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Pahang (Teratai), Gabungan Persatuan-Persatuan Sukarelawan Tunas Warisan (STW) dan Panji Kuantan Optima (PKO).

Pegawai Khas Menteri Besar Pahang, Kamarul Ariffin Ahmad berkata, pihaknya telah melaksanakan program Singgah Sahur itu sejak 30 Mei lalu selama tiga hari berturut-turut manakala edaran bubur lambuk sejak minggu lepas.

Menurutnya, kedua-dua inisiatif ini adalah sebagai usaha meraikan kakitangan kerajaan yang berkhidmat pada waktu malam sepanjang Ramadan dan juga sebagai tanda penghargaan terhadap mereka.

Kamarul Ariffin (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan pek makanan.
Kamarul Ariffin (tiga, kiri) menyampaikan sumbangan pek makanan.

"Edaran bubur lambuk adalah salah satu program amal kebajikan dari sukarelawan yang mewakili NGO masing-masing.

"Apatah lagi juadah itu amat sinonim dengan bulan Ramadan yang mana proses memasak dan penyediaannya secara tak langsung merapatkan ukhuwah kalangan ahli," katanya kepada media selepas mengedarkan pek makanan di Balai Bomba Indera Mahkota semalam.

Artikel Berkaitan: