Kereta terbabas: Seorang wanita maut, dua cedera

Kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas di susur keluar berhampiran KM4.4 Lebuhraya LKSA susur ke Bulatan Jubli Perak tadi.
Kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas di susur keluar berhampiran KM4.4 Lebuhraya LKSA susur ke Bulatan Jubli Perak tadi.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita maut, manakala anak serta cucunya cedera apabila kenderaan yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu terbabas di susur keluar berhampiran KM4.4 Lebuhraya LKSA susur ke Bulatan Jubli Perak tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu pemandu kereta Mariah Ahmad, 54, maut di tempat kejadian manakala dua lagi penumpang iaitu anak, Raudah Thazali, 22, dan cucu, Muhammad Thoriq Muhammad Taufik, 2, cedera.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, berkata, siasatan awal dijalankan mendapati mangsa dari arah Uptown Seksyen 24.

"Setibanya di susur keluar di lokasi kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kereta yang dipandunya menyebabkan ia hilang kawalan.

"Kereta dipandu mangsa terbabas mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Katanya, dua mangsa yang mengalami kecederaan itu dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: