Lelaki Arab pukul isteri, anak ditahan di Sandakan

No Image Caption
A
A
A

LAHAD DATU - Seorang lelaki Arab berasal dari Jordan yang disyaki melakukan ugutan jenayah terhadap isteri dan memukul anak lelakinya hingga menyebabkan kecederaan di sini berjaya diberkas di sebuah hotel di Sandakan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor dalam kenyataan hari ini berkata, Hani Mosbah Ramadan Al Ayaydeh, 43, ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Lahad Datu, kira-kira jam 3.45 pagi.

Pada Khamis lepas, isteri suspek membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri dan anaknya.

Laporan polis itu dibuat susulan dakwaan anak lelaki suspek berumur lapan tahun dipukul oleh suspek sehingga menyebabkan kecederaan pada Ahad lepas.

Satu pertengkaran antara suspek dan isterinya juga berlaku pada Rabu berikutan isterinya tidak bersetuju untuk membuat pasport anak bongsunya untuk dibawa balik ke Jordan. - Bernama

Artikel Berkaitan: