PAIP sedia tangki statik di kawasan berisiko

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) mengambil langkah awal dengan menempatkan tangki statik di kawasan-kawasan yang dijangka mengalami gangguan bekalan air atau tekanan rendah semasa musim perayaan Aidilfitri ini.

Beberapa kawasan dijangka akan mengalami keadaan tekanan air yang rendah disebabkan permintaan bekalan air yang akan meningkat berkali ganda terutamanya di kawasan penempatan Felda dan kampung-kampung tradisional.

Melalui kenyataan dikeluarkan hari ini, PAIP turut menyediakan lori tangki dan bersedia untuk membawa bekalan air ke kawasan yang terjejas.

Pihak PAIP menyediakan jadual bertugas kepada kakitangan sepanjang musim perayaan untuk memastikan sebarang kemungkinan yang berlaku dapat diatasi dengan segera.

Talian aduan juga akan beroperasi bermula jam 7 pagi sehingga jam 12 tengah malam dan pengguna boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-573 9999.

Pada masa sama, pengguna juga dinasihatkan menggunakan air secara berhemah dan menyimpan bekalan air secukupnya sebagai persediaan musim perayaan.

Artikel Berkaitan: