X

Kindly register in order to view this article
!

Fama sasar nilai jualan RM9 juta

Ahmad Ishak (tengah) mengedarkan goodies beg kepada pengguna di hentian tersebut, kelmarin.
A
A

TEMERLOH - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menyasarkan nilai jualan keseluruhan kira-kira RM9 juta menerusi Bazar Industri Asas Tani (IAT) Aidilfitri 2019 bagi tahun ini.

Ketua Pengarah Fama,Datuk Ahmad Ishak berkata,nilai jualan itu membabitkan 9000 peserta yang terlibat daripada 300 bazar berkenaan di seluruh negara.

Menurutnya,tahun ini terdapat peningkatan jumlah bazar,peserta dan kualiti produk yang terlibat berbanding tahun sebelumnya.

"Bazar ini telah dijalankan sejak 2011 dan sepanjang tempoh tersebut ia telah meraih nilai jualan hampir RM2 juta.

"Dengan peningkatan jumlah lokasi,produk dan kualiti yang ada kita menyasarkan nilai jualan keseluruhan kira-kira RM9 juta," katanya lagi.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita sempena pelancaran Bazar IAT Aidilfitri dan Pengiklanan Digital Agromas Fama-Anih Berhad 2019 di Hentian Rehat dan Rawat Temerloh Hala Timur kelmarin.

Turut berlangsung sesi walkabout ke gerai jualan dan pengedaran goodies beg kepada pengguna di hentian tersebut.

Selain tiga pengusaha di Hala Timur,dua lagi pengusaha terbabit di RNR Hala Barat menyertai bazar tersebut.

Dalam pada itu,beliau turut menghargai kerjasama yang diberikan oleh pihak Anih Berhad berikutan kewujudan paparan skrin digital terbabit di lapan lokasi milik konsesi lebuhraya terbabit.

"Paparan skrin ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk melihat senarai produk yang ada serta dapat membuat tempahan atas talian," ujarnya.

Lapan lokasi yang menyediakan paparan skrin itu selain di RNR Temerloh,di Gambang Timur dan Baray,Genting Sempah,Plaza Tol Gombak,Plaza Tol Bentong dan Kilometer 21 arah Kuala Lumpur.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!