Penganggur maut kereta terbabas di LPT

Keadaan kereta yang remuk akibat kemalangan tersebut awal pagi ini.
Keadaan kereta yang remuk akibat kemalangan tersebut awal pagi ini.
A
A
A

TEMERLOH - Seorang penganggur maut selepas kereta yang dinaiki terbabas di Kilometer (KM) 92.5 7 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.50 pagi itu, mangsa Adi Hakimi Armaya, 25 dari Taman Setia Jasa, di sini meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan di bahagian kepala dan kaki.

Pemandu kereta jenis Suzuki Swift yang berusia 33 tahun dan penumpang hadapan berusia 27 tahun cedera akibat kemalangan tersebut.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Menara Kawalan LPT yang memaklumkan terdapat kemalangan di lokasi terbabit.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas kereta yang dipandu bersama dua penumpang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Temerloh.

"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu terbabas melanggar besi penghadang jalan di sebelah kanan.

"Kenderaan terbabit kemudiannya berpusing dan penumpang belakang telah terbabas keluar dari kereta itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ujarnya, mangsa dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) untuk bedah siasat dan pemandu bersama penumpang hadapan yang mengalami kecederaan dan dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut diteruskan dan mengesan saksi-saksi kejadian bagi membantu siasatan.

"Kenderaan akan dibawa ke Puspakom untuk pemeriksaan. Sampel darah dan ujian kencing pemandu, penumpang hadapan diambil.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," jelasnya.