GRO cuba rasuah polis

Kesemua GRO yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk tindakan lanjut.
Kesemua GRO yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk tindakan lanjut.
A
A
A

GEORGETOWN - Tawar RM5,000 kepada polis hanya kerana mahu dilepaskan.

Itu yang cuba dilakukan oleh seorang gadis pelayan pelanggan (GRO) selepas dia bersama 20 rakannya yang lain ditahan di sebuah pusat hiburan di Pulau Tikus di sini malam semalam.

Dalam serbuan yang dilakukan jam 12 tengah malam itu, ada diantara mereka yang kelihatan menangis teresak-esak kerana takut selepas premis berkenaan diserbu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang.

Bagaimanapun usaha mereka untuk meraih simpati dan minta dilepaskan tidak dilayan oleh pegawai serbuan malah mereka diberi amaran supaya tidak cuba menyogok anggota polis yang bertugas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zainol Samah berkata, serbuan dilakukan hasil risikan dan juga maklumat yang diterima pihaknya berhubung kegiatan premis itu yang dikesan menggunakan khidmat wanita warga asing sebagai tarikan kepada pelanggan untuk berhibur.

Menurutnya, hasil pemeriksaan polis menahan 15 wanita GRO warga China, enam Vietnam dan seorang pekerja warga tempatan.

"Permis terbabit mempunyai lesen namun penjaga dan GRO terbabit ditahan kerana menggaji tanpa permit sah dan salah guna pasport.

"Polis juga menahan seramai 16 orang pelanggan yang melanggan GRO terbabit untuk diambil keterangan," katanya ketika dihubungi di sini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, semua mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk siasatan lanjut.

"Kita akan sentiasa membuat pemantauan dan juga operasi bagi membendung gejala ini daripada berleluasa," katanya.