Tindakan Zahid pemimpin sejati, kata Jamal

No Image Caption
A
A
A
AMPANG - Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos terharu dengan tindakan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi kepercayaan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menjalankan tugas sebagai Presiden Umno.

Jamal berkata, tindakan itu menunjukkan Ahmad Zahid merupakan pemimpin berjiwa besar.

"Apabila melihat keadaan sekarang, Zahid telah mengambil langkah menyerahkan tugas kepada Mohamad serta merta," katanya.

Jamal juga menghargai tindakan Zahid.

"Ini menunjukkan tindakan pemimpin sejati," katanya.
Artikel Berkaitan:


Ahmad Zahid Hamidi hari ini memberi kepercayaan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan untuk menjalankan tugas sebagai Presiden Umno

Dalam kenyataan Ahmad Zahid berkata, ia selaras harapan ahli parti yang mahu pimpinan menterjemah hala tuju sesuai dengan slogan baharu "Umno bangkit'.

Umno boleh bangkit dan bingkas bangun semula jika perpaduan terus dimantapkan dan bersatu pemikiran dalam sebuah pasukan Umno yang diperkasakan.