Status Aliff buat bekas isteri?

A
A

SELEPAS meluahkan rasa rindu terhadap anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean, 2 tahun, penyanyi Aliff Aziz memuat naik status yang seolah-olah ditujukan buat bekas isterinya, Bella Astillah.

Status yang dimuat naik menerusi akaun Twitter itu seperti memberi bayangan selebriti berusia 29 tahun ini ingin rujuk dengan bekas isterinya itu.

"Ya ALLAH satukanlah jodoh kami. Seandainya dia bukan jodohku, jadikanlah aku jodohnya," tulisnya.

Rata-rata pengikut Twitternya turut mendoakan agar Aliff dan Bella kembali bersama. Namun tidak kurang juga yang menyindir Aliff dengan bertanya 'jodoh' yang dimaksudkan itu dengan wanita yang mana.

Aliff dan Bella, 25, sah bercerai talak satu pada 16 Mei lalu selepas hampir tiga tahun mendirikan rumah tangga.