X

Kindly register in order to view this article
!

Noh persoal isu Syazlin tarik diri inkues Adib

A
A

SHAH ALAM - Bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar mempersoalkan sama ada isu peguam, Syazlin Mansor yang menarik diri daripada menjadi pihak berkepentingan dalam inkues kematian anggota bomba dan penyelamat, Muhammad Adib Mohd Kassim adalah satu sandiwara politik.

Katanya, persoalan itu timbul berdasarkan kenyataan beliau kepada media bahawa ada perbincangan dengan Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin sebelum membuat keputusan mengejut utuk menarik diri.

“Saya mengikuti rapat perkembangan kes Adib dari mula. Sebagai bekas menteri menjaga bomba saya memang mengambil berat kebajikan bomba ketika di KPKT.

“Hari ini (semalam) berita penarikan diri peguam yang mewakili KPKT dalam kes Adib agak memeranjatkan saya.

“Bila meneliti tindakan peguam tersebut memanggil Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid bagi saya itu satu tindakan yang perlu disokong," katanya menerusi hantaran di Facebook miliknya malam tadi.

Dalam hantaran sama, Noh turut mencadangkan supaya Syazlin kekal sebagai peguam yang hanya mewakili keluarga Muhammad Adib.

“Syazlin perlu kekal mengendalikan inkues kematian Muhammad Adib bukan sebagai peguam kementerian yang mempunyai kaitan dengan kerajaan tetapi hanya untuk ahli keluarga anggota bomba dan penyelamat itu,”katanya.

Tambahnya, kredibiliti Syazlin yang dikatakan begitu tegas dan agresif mungkin akan membantu dalam memberi keadilan kepada Muhammad Adib.

Terdahulu, prosiding inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib semalam tergendala apabila peguam, Syazlin yang mewakili KPKT, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta keluarga anggota bomba tersebut menarik diri.

Tindakan Syazlin yang menarik diri daripada menjadi pihak berkepentingan dalam inkues kematian anggota bomba dan penyelamat, itu dipercayai ada kaitan dengan sepucuk surat diterimanya.

Difahamkan surat tersebut dikeluarkan oleh pegawai kanan kerajaan yang berkuasa dalam undang-undang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!