AMK janji sentiasa di samping Anwar

Foto: Asril Aswandi Shukor
Foto: Asril Aswandi Shukor
A
A
A
SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) berjanji akan sentiasa berada di samping Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya bersyukur Anwar telah dibebaskan, dan beliau mengambil tempat yang sah sebagai bakal Presiden PKR dan ahli Dewan Rakyat.

"Kita yakin beliau akan memimpin parti kita terus maju. Kita juga tahu akan tiba masanya beliau akan menjadi Perdana Menteri kelapan negara dan mengetuai kerajaan PH.

"Kita akan sentiasa berada di sampingnya ketika beliau bekerja untuk menggerakan Malaysia tercinta ke hadapan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Kongres Nasional Tahunan AMK ke-13, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu turut mengucapkan terima kasih Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atas khidmat beliau sebagai Presiden PKR sebelum ini.
Artikel Berkaitan:


"Negara dan parti kita terhutang budi di atas kesabaran, keberanian dan ketekunannya. AMK percaya nama beliau akan terpahat dalam sejarah sebagai salah seorang srikandi berjiwa besar dan terhebat.

"Ramai tidak sangka di sebalik kelembutan beliau ada ketegasan yang berjaya memimpin PKR selama ini," katanya.